Thursday 9 May 2013

sangat dan teramat!

ASSALAMUALAIKUM

harini sembilan haribulan tup tup result final exam dah keluar. agak cool malam tadi. tak rasa apa. aku nak jugak lah rasa kecut kecut perut semua tu but i cant feel baybeyhh. tak tahu lah kenapa. sampai sekarang aku carik lagi sebab tu even result dah dapat. mencarik sebab yang tak patut. *biasalah takda koje carik koje*

pagi pagi bangun dah ada miscall dari wani. haishh kau tak menyaba nak tahu kan. aku sedap berguling guling atas katil lagi. empuk tilam peluk aku tak bagi aku bangun. setan senanya. jangan salahkan tilam. bukan tak ingat pasal result, ingat nak check lah kejap lagi nya tu. kejap laa sambung sikit lagi. dia macam nak tau tapi malas. haa tak boleh buat apa lah.

dipendekkan cerita dah bangun segala bagai. aku gagahkan diri lah pergi on lappy. tak rasa apa lagi pun. cuak tu ada tapi biasa biasa je. sampai je aku type yahoo punya link, haa dah lain macam dah aku rasa. rasa ber-de-bar-de-bar. wooohooo sumpah masa tu terasa urat perut berselirat. type email pun dah gaya kelam kabut kalut semua ada. kalut nat ni kalut. haa tu nak sangat rasa kecut perut kan, segala urat perut pun tersimpul sekali agaknya dah.

aku dah nampak! aku dah nampak! time tu hembus napas tarik napas aku, nebes punya pasal. gaya macam ada mamat handsome bereye contact dengan aku. padahal nampak uitm bagi email. haru haru. maka patik gagahkan diri bukak. dah bukak! jeng jeng. okayy baru nampak mukaddimah, result semua tu tak nampak lagi. alahai berdebar nya rasa. 

taraaa aku dah ke bawah dahhhh! nak melompat je rasa. tapi tak melompat pun. aku cuma nak kata gelak, tak. nak kata senyum, tak. senang cerita, aku senyum dan gelak. haha dapat bayangkan tak? mata aku tak habis kebawah keatas tengok balik check betul betul. aku takut mata aku mimpi je. ceh nak tanya aku terlist dalam dean's list ke? where gottttt no lahh!

aku belajar main main tapi agak focus dari last sem la. tapi bukan semua subject haha. yang aku gembira sangat teramat sebab takda repeat!! sebab aku tak target itu. micro tu subject killer. aku tak percaya aku lulus. wehhh aku lulus wehhh. haha dah dah tak payah beriye sakan gaya kau kalah orang dekan weh. malu sikit pointer kau tak menyerlah mana pun. tapi aku bersyukur...

dah lepas ni tak boleh belajar main main dah. masa tu memang tengah memotivasikan diri la. semangat balik nak belajar. lega selega leganya. entah kenapa result ni aku lagi berdebar dari SPM. yeke? hehe tiputipu. dulu masa nak ambik result SPM, aku tak bercakap. kesian yang kena tak layan dengan aku masa tu. aku buat dek je siapa yang bercakap dengan aku. nebes tahu nebes?

ALHAMDULILLAH.

tak mampu nak ucap benda lain. itu usaha aku. aku bangga dengan diri aku even tak perform mana pun. aku bersyukur.

for those yang stil bersekolah, jangan main main. kalau dah terbiasa bermalas- malasan time sekolah, kolej ke universiti nanti awak terbiasa pulak. macam kakak sorang ni. should start struggle.

its not struggle yang tak reti toleh kiri kanan. study je semedang memang dah tak kisah benda lain, bukan. cuma kena tahu kemampuan diri la. kalau diri tu dah sedia maklum yang diri tu selama ni rajin sikit, tingkatkan rajin banyak pulak.

alahai gaya acah acah aku buat? eheh. note to myself too. harini hari memotivasikan diri mungkin?

belajar apa yang senang? semua kena susah dulu. kalau orang tanya banking tu susah ke senang? ikut logik kalau aku tak masuk kolej lagi, memang lari dari topik hidup aku la. susah.

sebab cita cita aku lain. sekarang kena kejar benda lain pulak. but no worries. seronok jugak. takut dengan account tambah pulak aku tak ambik segala account dengan add math masa sekolah dulu. one thing, aku rasa aku gila. tapi aku dah nak masuk sem tiga dah pun. tadaa i make it! aku dah belajar dah pun sikit. and its okay. aku boleh bawak banking ni. for now la hehe. 

bukan peluang yang mudah bersepah kalau terlalu nak memilih pun.

aku nak jadi addin. bukan hipokrit nak jadi orang lain. naa itu contoh character yang baik untuk aku.

addin tu siapa? bukan orang but a character. 

bersambung. later okay later? btw, congratulation nat!

see ya next time. ahhh gila rindu dengan kawan kawan lagi lagi sara amy sofy eff wani sue najaa haz. and ekin! 

housemates, jumpa next sem yaw :*

so, PEN OFF.



No comments: