Wednesday 15 May 2013

ad what?

ASSALAMUALAIKUM..

rabu. harini rabu. khamis. itu besok. ohh semua orang tahu? okay then. sekejap je cuti sem nak habis dah. karang dah start sem tiga dah. life goes on. sekejap je aku dah 20. whooopss cukuplah tak suka 20 tu. its not aku nampak tua bena dari yang lain. no tak fikir yang itu. just macam kau orang tak rasa macam berdebar ke dengan angka dua tu? for me, sangat berdebar. ada yang suka. naaa im not. but well dah dua-puluh-tahun dah pun. sekejap. masa berlalu sangat cepat.

sekolah menengah aku banyak dekat asrama. sebulan sekali balik. so memang aku jarang jumpa dengan kawan kawan mak aku, kawan kawan ayah, cousins. bila sekali aku jumpa semua cakap "dah anak dara dah, dulu kecik je gat ni haaa..". makcik, itu dulu. aku senyum jelah takda benda lain dah boleh buat.

well yes sekarang sama jugak. sekarang lagi lah dah tak menengah dah. dah boleh jadi bini orang. tapi ada okay kawan kawan mak aku cakap aku form four lah baru habis spm lah. waaa mudakah? mungkin. *kekenyit mata*

setiap tahun ada azam baru. dulu masa sekolah berkobar kobar pasang azam. semangat kan? kadang kadang buat nya tak jugak. tak capai pun azam nya. tapi dah kolej ni no more setiap tahun. dah tukar jadi setiap sem. so kiranya dua kali berazam dalam masa one year. azam dah tercapai. hehe guess what? azam taknak repeat. kena slow slow. so lepas ni boleh azam nak dekan pulak. i wish.

sedap pulak lagu lagu dekat telinga ni. entah kenapa aku lagi suka lagu cover. ya sometimes lagu cover lagi sedap dengar dari penyanyi asal nyanyi. aku tak cakap diaorang nyanyi tak sedap. diaorang tu gila bagus. cumaaaa yang buat cover ni pandai nak gubah. ya sometimes yang buat cover ni pun suara diaorang sedap. heh sebab tu.

okay atas tu mukaddimah.

remember kan last post i did mention about ADDIN? kalau tak remember, kalau tak baca, cer selak selak sikit last post. thank you sambil senyum lelebar.

ADDIN. dia tak wujud in reality. kalau nak diikutkan macam mana aku kenal dia la. hah jangan nak memandai cakap aku ada alam fantasi.

addin is a character. 

novel. addin. hlovate.

i found addin in hlovate's novel. for those yang tahu, best gila kan novel dia? dan aku tak faham kalau ada yang cakap tak best. sila baca semula. sebab sangat best.

siapa hlovate? writter. entah aku pun taktahu dia siapa sebenarnya. dia sangat low profile. sangat. rasa nak tahu tu ada. but how? later maybe.

addin dalam aA+bB and tunas. addin tu macam mana? well i just can describe yang dia sangat ohsem. for me la. dia tak kisah apa orang nak kata. dia hidup untuk hidup dia. dia tak kacau orang. dia berani tegur orang yang buat salah. dia sangat iron lady. i wish i can be that. im trying. addin tak sibuk nak campurkan belajar dia dengan hal hal bercintan cintun. dia settle dulu dia punya study. and actually dia tak pernah langsung nak terfikir about relationship. except friendship la. and familyship too. ada ke familyship?

dia akan buat buat tak ada problem eventhough dia ada. aku nak jadi itu jugak. ahh i just cant describe la kenapa i suka sangat character addin ni. why not you all buy the novel? then u know. haha teruk betul. at least aku cerita point penting kan? mula mula baca tunas dulu then baru aA+bB tau? yang dah baca tu, thumbs up !









haa nah dua bijik novel tu. berkait ke dua novel tu? YES. so baca dua dua tau hehe.


so mungkin dah ni je aku nak type sebab cerita dekat tv tu dah memanggil manggil. so jumpa lagi lain kali. have a nice day people.

PEN OFF.





Thursday 9 May 2013

sangat dan teramat!

ASSALAMUALAIKUM

harini sembilan haribulan tup tup result final exam dah keluar. agak cool malam tadi. tak rasa apa. aku nak jugak lah rasa kecut kecut perut semua tu but i cant feel baybeyhh. tak tahu lah kenapa. sampai sekarang aku carik lagi sebab tu even result dah dapat. mencarik sebab yang tak patut. *biasalah takda koje carik koje*

pagi pagi bangun dah ada miscall dari wani. haishh kau tak menyaba nak tahu kan. aku sedap berguling guling atas katil lagi. empuk tilam peluk aku tak bagi aku bangun. setan senanya. jangan salahkan tilam. bukan tak ingat pasal result, ingat nak check lah kejap lagi nya tu. kejap laa sambung sikit lagi. dia macam nak tau tapi malas. haa tak boleh buat apa lah.

dipendekkan cerita dah bangun segala bagai. aku gagahkan diri lah pergi on lappy. tak rasa apa lagi pun. cuak tu ada tapi biasa biasa je. sampai je aku type yahoo punya link, haa dah lain macam dah aku rasa. rasa ber-de-bar-de-bar. wooohooo sumpah masa tu terasa urat perut berselirat. type email pun dah gaya kelam kabut kalut semua ada. kalut nat ni kalut. haa tu nak sangat rasa kecut perut kan, segala urat perut pun tersimpul sekali agaknya dah.

aku dah nampak! aku dah nampak! time tu hembus napas tarik napas aku, nebes punya pasal. gaya macam ada mamat handsome bereye contact dengan aku. padahal nampak uitm bagi email. haru haru. maka patik gagahkan diri bukak. dah bukak! jeng jeng. okayy baru nampak mukaddimah, result semua tu tak nampak lagi. alahai berdebar nya rasa. 

taraaa aku dah ke bawah dahhhh! nak melompat je rasa. tapi tak melompat pun. aku cuma nak kata gelak, tak. nak kata senyum, tak. senang cerita, aku senyum dan gelak. haha dapat bayangkan tak? mata aku tak habis kebawah keatas tengok balik check betul betul. aku takut mata aku mimpi je. ceh nak tanya aku terlist dalam dean's list ke? where gottttt no lahh!

aku belajar main main tapi agak focus dari last sem la. tapi bukan semua subject haha. yang aku gembira sangat teramat sebab takda repeat!! sebab aku tak target itu. micro tu subject killer. aku tak percaya aku lulus. wehhh aku lulus wehhh. haha dah dah tak payah beriye sakan gaya kau kalah orang dekan weh. malu sikit pointer kau tak menyerlah mana pun. tapi aku bersyukur...

dah lepas ni tak boleh belajar main main dah. masa tu memang tengah memotivasikan diri la. semangat balik nak belajar. lega selega leganya. entah kenapa result ni aku lagi berdebar dari SPM. yeke? hehe tiputipu. dulu masa nak ambik result SPM, aku tak bercakap. kesian yang kena tak layan dengan aku masa tu. aku buat dek je siapa yang bercakap dengan aku. nebes tahu nebes?

ALHAMDULILLAH.

tak mampu nak ucap benda lain. itu usaha aku. aku bangga dengan diri aku even tak perform mana pun. aku bersyukur.

for those yang stil bersekolah, jangan main main. kalau dah terbiasa bermalas- malasan time sekolah, kolej ke universiti nanti awak terbiasa pulak. macam kakak sorang ni. should start struggle.

its not struggle yang tak reti toleh kiri kanan. study je semedang memang dah tak kisah benda lain, bukan. cuma kena tahu kemampuan diri la. kalau diri tu dah sedia maklum yang diri tu selama ni rajin sikit, tingkatkan rajin banyak pulak.

alahai gaya acah acah aku buat? eheh. note to myself too. harini hari memotivasikan diri mungkin?

belajar apa yang senang? semua kena susah dulu. kalau orang tanya banking tu susah ke senang? ikut logik kalau aku tak masuk kolej lagi, memang lari dari topik hidup aku la. susah.

sebab cita cita aku lain. sekarang kena kejar benda lain pulak. but no worries. seronok jugak. takut dengan account tambah pulak aku tak ambik segala account dengan add math masa sekolah dulu. one thing, aku rasa aku gila. tapi aku dah nak masuk sem tiga dah pun. tadaa i make it! aku dah belajar dah pun sikit. and its okay. aku boleh bawak banking ni. for now la hehe. 

bukan peluang yang mudah bersepah kalau terlalu nak memilih pun.

aku nak jadi addin. bukan hipokrit nak jadi orang lain. naa itu contoh character yang baik untuk aku.

addin tu siapa? bukan orang but a character. 

bersambung. later okay later? btw, congratulation nat!

see ya next time. ahhh gila rindu dengan kawan kawan lagi lagi sara amy sofy eff wani sue najaa haz. and ekin! 

housemates, jumpa next sem yaw :*

so, PEN OFF.



Saturday 4 May 2013

TODAY

ASSALAMUALAIKUM

acah acah rajin kan haritukan badget nak update harihari. kahkah simpan dalam pocket la hobby awak tu kak. kira ini waktu yang boleh dikatakan rajin tu ada la dari takda. sebab dah takda cerita best dekat tv, sebab boring gila, sebab ada mood nak type segala bagai, sebab takda orang pun nak text, sebab free dan segala macam sebab.

ini cerita outing harini. terasa macam asrama dulu dulu pulak. dah dibahagi darab tolak tambah semua nak dekat setahun jugak la tak jumpa kawan kawan sekolah. nak dekat belum setahun lagi. tak ramai. empat orang termasuk aku. 

sebenarnya dieorang tu ajak pergi PWTC harini, pesta buku kan? tapi mama tak bagi sebab mama kata bahaya dekat kl tu besok nak hari undi dah. mama risau. fahamfaham. dah semua tak sure tak confirm tak dapat pergi, ha langsung pergi seremban je. seremban pun seremban la. dah kalau semua nak ajak aku keluar, takat tu je mak aku bagi. area kl semua no no nehi tak boleh.   woo pun dengan rela hati pergi seremban. hahaha lantak kau lah woo. seremban takda apa pun, tapi lepas lah kau nak makan.

woo tak breakfast, so kena lah carik makan dulu. sebenarnya aku pun. dan baru sekarang aku notice yang aku tak breakfast pagi tadi. yan pulak kata antara kfc or mcd. yan boleh tanya nak makan ayam ke burger? izyan, dua dua franchise tu ada ayam dan burger aku rasa -.- lawak ahh dia labelkan kfc tu tempat makan ayam. mcd tu tempat makan burger. oooookayy.

last last yan jugak yang pilih makan kfc. aku semedang je okay. aku global semua telan. yeke? em tak semua. kfc memang lengang gila ah, satu counter yang bukak lepastu ada satu orang je yang que. haa lengang en en? tapi kiteorang tak que lagi, semua acah acah tengok menu dekat atas tu padahal menu kfc semua dah tau aku rasa. akak depan tu dah settle, aku pun terus masuk line lah nak order.

"ye nak makan sini ke nak bungkus?" kakak kfc.

"makan sini.." sekali dengan senyum aku bagi.

"nak apa?" kakak tu tanya.

"emmm nak set D tu, twister nak se..." tak sempat sambung ayat dah kena sambar dek siapa siapa entah dari belakang. ohh nurul.

"kau dah order ke? kejap la tak confirm lagi ni" suka suka hati je nurul ni.

muka aku memang habis tanda tanya dah. apekenama?

"makan mcd murah sikit, kan waktu lunch hour..jimat lah duit" sambung nurul.

aku memang terpacak depan counter tu lagi lah cerita dia. ada lah sikit macam ala ala drama. aku dah order, boleh pulak nak patah patah balik. tapi akak tu pun macam dengar tak dengar aku order tadi senanya. tapi point penting dia malu lah malu. satu hal kesian lah dengan kakak tu. muka dia aku taktau lah celaru macam mana tengok adegan tu.

main tarik tali. aku suruh nurul cakap dengan kakak tu, nurul suruh cakap je tak jadi. haa dah pulak. serba salah menguasai diri. malu pun sama banyak. dipendekkan cerita,

"hmm takpa lah kak tak jadi, sorry.." dah cecepat blah!

sempat woi tengok muka dia. aku taktau cemana nak huraikan panjang panjang tapi tau la dia bengkek. haha. confirm bengang punya dengan drama tak lawak tu. akak, lain kali cadangkan lah kfc tu buat lunch dinner kasi murah sikit eh. 

cerita wayang. nak buat apa lagi, iron man. short story, dah beli tiket pukul 1.45  TAPI sit depan. memang mendongak jenuh sampai habis cerita. silap silap salah urat. idea bernas entah siapa siapa punya idea aku tak ingat, jual tiket tu. sebab apa? sebab sit depan. dah gaya macam spy dok aim aim siapa yang bergrouping dalam empat orang sebab tiket ada empat. carik bukan main beriye tapi tanya nya tidak. so mula mula dah nak redha dah la dapat duduk sit depan. tapi sebabkan taknak punya pasal, beranikan diri tanya entah budak mana entah. dia dengan family dia. haa cukup cukup empat pulak tu! jeng jeng jeng. ni yan je yang kasi settle. yang lagi tiga sorok muka. haha kira yang tak putus asa ni yan lah. yang lagi tiga ni berkemungkinan redha habis sebab malu nak tanya. hah at last! family tu beli jugak tiket kiteorang yeayy! TANPA tanya pasal sit. pasai pa? pasai jam dah lebih 1.45. berdesup pak cik and family tu naik. ampun pakcik ampun!

hah wa cakap lu iron man memang best ah! serious talk. lagi 3D pulak. memang terperanjat terkejut semua ada. gegar gegar lagi aku rasa cinema tu. one thing, sit kiteorang second last. hah yang tiket first last kan? yang ni second last. dongak tu kurang sikit tapi sikt la. cet!

aku taktau lah kenapa hidung aku suka meragam duduk rumah ni. haishh stress aku. mungkin ni alasan bijak untuk stop setakat ni. heh okay lah kan alasan cenggini. 

amy sayang, pasal korang nanti lain kali aku update okay. idea tak mari mehh.

so, PEN OFF.

p/s: psttt nanti background music korang rewind sendiri kalau dia tak rewind kan ehh ehh sebab entah kenapa entah buat hal dengan aku heshh.