Monday 22 April 2013

bawa aku pergi

ASSALAMUALAIKUM...

i just cant describe macam mana tahap kebosanan aku cuti ni. kalau dekat hostel tu haa memang banyak benda lah nak menggila nya. okayyy duduk rumah pun berfaedah jugak tapiiiii takda yang ala ala sebaya aku nak melayan kerenah aku. sebab tu lah boring. bila boring takda lain tak bukan aku carik pasal dengan adik adik lain spesies aku. taktahu? kucing -.-

plan dekat kepala ni macam macam benda aku fikir nak buat. ahh berawan awan terbayang itu ini. berangan nak kerja, puihh takda makna. beriya lah nak pergi gym, konon konon nak exercise le, hmmmphh tak gerak apa lagi. tapi serius nak pergi ohh sebab dah bermacam lemak tersekat dekat dalam badan ni. mana tak nya, duduk hostel lepas makan tidur. haa ohsem kan? sila beri galakan. SILA.

ekceli ada satu benda lagi yang berawan dalam kepala ni. aku nak pergi sunway lagoon. okay banyak kemungkinan semua akan cakap, "sunway? errr boring-.-" "why la sunway? ada apa doh?" "dalam sunway takda apa weh" and bla bla bla so whatever masing masing punya pandangan. tapi aku nak jugak pergi. ye aku tau entahapehape nak pergi situ. tapi kan aku nak try bungee jumping tuu. haa cer fikir balik bungee jumping kat malaysia celah mana je yang ada? sunway lagoon kan? haa see berfungsi jugak sunway tuu.


 nak juga rasa acah acah im flying without wings gitu

okay tu salah satu sebab la nak pergi sunway tuu. lagi satu nak try slide dia yang baru tu. vuvuzella. haaa tau tak? taktau jomm try ramai ramai. aahhh aku dah bayang dah slide dia yang besar tu. mungkin entahapehape budak beso nak naik slide. ehh extreme whoaa. 


tudia vuvuzella bestnyaaa

okay itu yang kedua, ketiga nya pulak aku nak naik g-force! ohh betul tak my spelling? hahaha cer google g-force dekat sunway. extreme tapi tak boleh kalah bungee tu lah kann. okay siapa siapa yang macam kureng berani nak acah acah flying without wings, apa kata jom try hamster berpusing terbang. haa agak agak apa korang fikir? naa bukan nak samakan dengan hamster eh tapi comel whatt. haha just benda yang kita naik tu macam permainan hamster tu.

kan sama lah sikit macam hamster punya mainan tu kan?

forthly, aku nak main gokart haaa! setakat gokart dekat PD pun ada. tahutahu. tapi dah alang alang bayar masuk entrance tak salah la nak main gokart sekali. sebab tu la main gokart ni yang keempat. haha. uishh lama gila tak main gokart. serius ohh dan sebenarnya aku pernah main sekali je dekat PD masa aku darjah darjah. dah time tu pulak aku buat one round je sebab takut gila. tekan minyak sikit dah laju. haha lepastu aku tak ingat siapa entah yang habiskan round aku. dan sekarang aku nak habiskan round aku.

tapiiiii siapa nak pergi dengan aku? haritu kak long kata entrance masuk sunway RM90 kalau ada mykad. for sure lah kita yang malaysian ni ada kan? haa mesti dapat RM90. and and RM90 kita dapat main semua park except for bungee jumping dengan g-force tuu. alaa kira okay lah kan sebab tak semua nak naik benda alah tu. tapi kalau untuk package bungee dengan g-force, RM150. kalau bungee sahaja, RM130 and kalau g-force sahaja, RM60. tapi price ni untuk semua yang ada mykad masa buat payment tu. got it? okayy untuk gokart pulak, RM20 untuk single seater.kalau susah sangat nak faham apa yang aku cerabeh ni, sila search di sini.

jom lah pergi haaa. serious talk ni. serious ajak ni. bukan main main punya plan ohh. karang aku pergi sensorang apa pulak rupa nya kang. wehh serious ni tauuu. jom lah jom lah. okay siapa yang agak agak macam yakin nak pergi, sila ajak saya. pleaseee. 

kawan kawan, jom pergi jommmm.

cousin cousin, jom pergi jommmm.

siapa lagi aku nak ajak? perlu ke strangers strangers, jom pergi jommm. naa taktak.

okay conclusion, jom ramai ramai gegar sunway dengan aku meh.

bla bla bla malas nak type dah. anything contact aku tau ajak pergi. yang taknak, jangan contact. hahaha kgurau.

have a nice day peeps. so, PEN OFF.

b

Thursday 18 April 2013


ANYTHING BUT NOT EVERYTHING

ASSALAMUALAIKUM


haa power kan aku semalam update malam ni pun update. aku dah agak dah aku rajin. banyak sebab pun sebab aku jadi rajin tiba tiba. sebab aku takda benda nak buat dah lepastu memang dah takda cerita apa dah kat TV tu. ehh got got tapi tak berkenan. so terdorong lah aku untuk nak update segala bagai. gimme a big clap pleaseee. okay dah.

ada certain orang suka berblogging. ada yang suka baca je. and im in the both category. nak kata aku ulat buku suka membaca, ohh tidak tapi bila bukak blog orang lah kan, kau tahu cerita dia whether dia happy ke sedih ke bengang ke and so what ever feeling dia masa dia type tu. aku nak bercerita tu tak semua lah sebab privacy still privacy. tak semua benda kena cerita. ye dok? aku tak sure lah aku macam mana kalau share cerita dengan orang face to face. im not good with that, sangat tidak. tapi kalau bercerita potpetpotpet tu haa sangat reti. yaa la borak kosong kata orang siapa yang tak reti. lagi lagi perempuan. its not that aku tak percaya orang tapi aku tak reti.

dan sebab itu lah aku berblogging. okay itu salah satu sebab. nak kata aku ada banyak sebab tu takda lah pun. haha *gelak hambar. hmm sebab lain bila aku berblogging, aku rasa aku berborak. aku enjoy lahh. kesian lah dekat aku yang anak bongsu ni takda teman nak berborak panjang panjang dekat rumah. mana abang mana kakak? haa mesti nak tanya tu. abang dan kakak sudah memasuki alam dewasa dimana aku di alam remaja. alam dewasa mereka seperti sudah bekerjaya dan mendirikan rumah tangga. okay sila sepuk aku bagi penampau ke apa ke. nak disenangkan cerita, masing masing busy. abang kerja shipping. kakak dekat selangor. haaa cemana cara aku nak berborak panjang.

tak kisah pun lah blog aku ni ada readers ke takda. tapi aku yakin ada. kann betul kann? ada kawan aku kata rajin kau nat nak berbloging. hmm tahap kerajinan tu tengok keadaan jugak lah. tapi nak buat semua ni kena ada minat. macam tengok bola, kau tak suka tu, memang cerita dia kau pandang screen TV tu kosong gelap gelita tak enjoy apa lah. sebab kau tak minat. semua benda kena ada minat. ada orang pandang remeh dengan benda benda macam ni. aku tak kisah asal aku enjoy.

tapi lah kan kalau time idea satu hape pun takda masa kau gila punya rajin nak update entry, memang tak jadi apa. tapi kita buat cara watlek watcool. ilham for sure datang punya. but do remind yourself, kita nak share something tu tak apa, anything nak share, sila lah butt jangan semua benda sampai masuk hal privacy. secret always be a secret. 

berdasarkan cerita sebenar, bukan dongeng, aku dulu tak suka pun blog ni semua but since aku selalu baca blog sorang kawan rapat aku, aku dah ada da rasa nak buat blog tapi tak buat buat jugak sebab masa tu sekolah. so balik sebulan sekali. aku tak rasa ada masa untuk blog masatu. so aku start berblogging after spm. thank you raudhah sebab bagi aku inspiration nak berblogging. hakhak lai lai cuba masuk dan baca entry dia --> click sini

dan sejak tu banyak lagi lah aku jumpa blogger blogger famous. tahu sara joe? homaiii aku suka blog dia. dia same age dengan aku. cara dia sampaikan apa yang dia nak cerita tu BEST!  blog dia memang blog paling selalu lah aku selak. anyone yang tak tahu? naa kena tahu. nah pergi masuk blog dia : click ! kalau nak dicerita karang panjang berjela memang korang terus blah tak sempat baca sekian aku nanti. so korang pergi lah geledah mereka mereka punya blog okayy? 

banyak benda aku boleh type sekarang tapi rasanya bolehlah sambung besok lusa ke sebab dah panjang dah aku rasa. ohh ya rau, if you read this, i want u to know that i miss u. haha geli kan aku cakap macam ni kan? biasa kau yang cakap macam ni siap menangis nangis on call dengan aku. hahaha. aku dah free sekarang, cuti sem yeayy ! so sila lah ajak aku keluar. haha kesian kau padahal nak final dah. all the best pumpkin!

emmmmmmm aku bye bye dulu lah okayy. besok ada lagi entry aku kalau aku rajin. ohh cannot sebab kan besok kak alya nak datang rumah. bakal kakak ipar mungkin. hehe insyaAllah. so sesiapa yang sedang bercuti yahoo yahoo dah habis final, enjoy!

so, pen off. SEKIAN.




Wednesday 17 April 2013


ASSALAMUALAIKUM

lama gila kan tak update? haha tahutahu. well saya orang busy dengan study. hah tudia alasan melampau. okay la aku baru habis final dan dan dan inilah masa paling sesuai untuk update segala bagai. sebenarnya kelmarin ada je masa tapi fyi, wifi dekat rumah ni dah gila. sebab apa? sebab something wrong somewhere. kalau nak online kena cucuk cable lah bagai bla bla bla malas nak layan. maka sekarang beginilah patik pabila dirumah jarang online. pasai pa? pasai malas nak mencucuk cable bagai lepastu kena online depan tv. 

baru la dalam beberapa hari cuti sem start. HAPPY HOLIDAY UOLLS. memang seronok la cuti sem ni melanguk dekat rumah tak payah study. haha tapi tipu tak boring. time time cenggini haa dah start rindu kawan. lagi lagi sayang sayang aku yang sorang dekat utara sorang dekat selatan sorang dekat timur sorang dekat barat. start sem tiga nanti lah baru jumpa balik. insyaAllah kalau panjang umur. next sem aku duduk rumah sewa. raya nanti datang lah okayyy. 




sayang sayang sekalian, cuti ni jangan membina badan ye. tahu korang rindu aku tapi watlek watcool. call lah aku selalu sebab aku takda wechat. maklumlah memory tak besar.

berblogging sambil bertwitter. tak focus aku. now, focus. manusia sekarang macam macam pesen kan? antaranya aku lah. tapi if orang mintak untuk aku describe macam mana aku, better tanya kawan kawan aku lah. sebab tu manusia senang nak judge orang tapi tak sedar diri. sebab memang kadang kadang kita tak perasan apa kita buat. kita fikir macam kita buat habis baik dah. konon nya lah tapi kita tak tahu apa orang judge itu ini.

perasan tak character kita berubah ubah? bukan hipokrit, taaaakk. bila kita dengan parents kita lain, dengan kawan kita lain, dengan cikgu ke lecturer ke kita lain. lain environment, lain lah kita. kenapa agak agak? haha aku pun tak tahu. yang ini aku boleh describe pasal aku, dengan family dengan kawan kawan aku banyak bercerita tapi when im in the class, aku jadi pendiam. ohh biasalah lecturer mengajar aku berangan. HAHAHA no lah. aku pun taktahu kenapa. dari sekolah rendah sampai sekolah menengah masa ambik report card , haa semua comment cikgu semua sama. "natijah ni dalam kelas pendiam". aku pun senyum jela. the truth is, aku memang lah tak reti nak bagi respond ke tanya ke dalam kelas. 

cerita pasal kakak senior aku pulak. masa dekat melaka dulu, masuk masuk je cewah semua pandang. biasalah , lambat daftar. so dapat lah perhatian sikit masa masuk dorm tu. tak bangga, rimas. hari ketiga, kak bella and the gang panggil aku. cuak tak cuak la. dah macam banduan kena soal dengan polis aku masa tu. last last diaorang cakap, " kau dekat sini baru tiga hari dah macam tiga tahun". ehh akak ni, suspend overdose dah aku tadi. ingat nak kata apa lah tadi. mereka okay, saya okayy. rindu melaka pulak.

cerita pasal sekolah gemencheh pulak, akak senior lagi comment aku. dia cakap aku sombong. muka aku muka sombong ke? ramai dah comment benda sama. tapi last last akak tu jadi akak dorm aku, aku pun berkepala gila dengan dia. nak dipendekkan cerita, dont judge a book by its cover. karang aku cerita dari A sampai Z haa jonuh nak baco kang.

tahu tak apa yang aku tengah rasa sekarang? dah terasa macam sahur. abang aku masak pagi pagi buta ni. uihhh bau sedap! kucing aku yang tidur pun dah bangun balik. nasib baik aku dah kenyang, so tak ambik peduli bau sedap tu. 

aku sebenarnya celaru tambah pening dengan apa yang aku type ni. semuanya kelaut. wehh serious aku tak tahu nak start cerita dari mana ke cerita apa ke. sorryyyyyyy. BTW, mungkin aku AKAN rajin kott nak update masa cuti sem ni. wait and see. tengok la rajin nat macam mana.

maka semua rakyat jelata, jom tidur. HAHA. so lepas ni kita kenal kenal orang dulu lepastu baru lah boleh nak judge orang tu bagaimana ke macam mana ke. kita sama sama take note. lain hari kita jumpa lagi. aku dah kebuntuan taktau nak type apa -.-

so, PEN OFF.