Wednesday 28 November 2012

crazy times.

ASSALAMUALAIKUM.



malam ni semua rumah dok terjerit terlolong terpekik segala bagai sebab MALAYSIA menang bola. wohohoh terbaik MALAYSIA! 4-1 tuu. haha kentang tak kentang? aku bukan lah manusia yang layan footbal punya game semua tu. but bila harimau malaya mengaum dan membuktikan bahawa MALAYSIA terbaik, aku sekali involve proud of them. i'm MALAYSIAN. woot woot congratulations. aku tak reti lah tengok bola. serius **** bak kata kak long. haha kak long sarcastic tu memang. luar alam je perangai dia. ya lah one day nanti aku try lah untuk reti nak tengok bola. bak kata fahmi pulak, nanti dia belikan aku sebijik bola, lepastu tengok lah. haha lawak cekodok apa yg dia import tu? haa itu lagi sorang yg sarcastic kadang kadang. layak la nak jadi lawyer. meloyar je kejenya. 

tipulah kalau aku tak pernah tengok bola kan? i mean by tengok game bola kat tv tu. get it? bukan tengok bola yang hadap bola bulat tu depan mata. kang ada yang fikir selurus lurus nya pulak. sebab tu aku explain. hehe. masa bila entah darjah berapa memang tak dapek nak ingat. masa tu ada game brazil vs korea. power tak aku ingat lagi? sebab ada peristiwa boleh la nak ingat. hehe. masa tu kan depan tv memang penuh la dengan kaum kerabat aku. dari yang anak anak sampai lah ke mak cik pak cik. tapi yang mak mak mak cik mak cik ramai duduk dapur. entah apa aku meraban, aku join yang depan tv tu tengok bola. takda feel pun. sumpah aku pandang tv tu macam aku pandang tv tu kosong. macam bila tv off kan warna hitam. haa mcm tu la. yang lain dah beriye dah sampai berdiri diri dengan muka berkerut kerut siap pusing kan badan 360 darjah. tengok bola punya pasal kan. aku tak, still macam tadi. tak faham. sampai satu part TUP aku nampak pemain korea tu handsome gila. serius weh serius. tapi sekarang tak ingat muka dia macam mana tapi mmg aku sure habis la dia handsome. dgn semangat waja, aku terus sokong korea. muahaha. lepastu semua bash aku suruh tukar baju, sebab aku pakai baju warna kuning masa tu. kuning untuk brazil. okay aku akur, aku tukar. nampak tak? gila lah. sekali korea kalah. aku senyap. tukar baju balik. kahkahkah.

*masa tu korea tak famous mcm sekarang ye. so jangan ingat aku fanatik korea. itu masa darjah darjah. lama dah tau*

tahun lepas punya cerita pulak aku tengok manchester city lawan. tapi tak ingat lawan siapa. aku tengok sorang sorang tau. sorang sorang. aku yang tak minat tak reti tengok bola ni, tengok sorang sorang. apakah? ala ada orang suruh. nak tak nak , tengok lah. bagi menyenangkan hati insan sejagat. pukul berapa aku tak ingat tapi midnight. harris suruh aku tengok jugak sebab MC tu memang dia sokong habis. aku pun sokong MC. kalau MC yang doktor bagi. masa tu memang tahap cintan kat doktor kan even dia nak inject sampai lebam lebam ke kebas ke apa ke. masa tu memang doktor aku sanjung. *eh lari topik*. lepastu aku tengok lah tanpa perasaan. macam tgk tv kosong. tapi aku focus. sampai satu tahap tu aku tergelak gila gila. sebab aku rasa kelakar tengok dieorg rebut bola sungguh sungguh. lepastu macam kelakar gila dieorg tersungkur terjtuh tergolek dop kat atas rumput tu lepastu muka masing masing memang kalah singa. marah sangat lah tu. aku pun tak ingat siapa menang masa tu. janji aku tengok. hehe. ayah aku memang tak payah cerita la dia punya pelik tahap muka memang tak bolah nak ditafsirkan. muka dia macam ni- "anak aku tengok bola? tengah malam ni? natijah? bola?" tapi yang dia cakap, "nanti tutup lampu tutup tv lepas habis tengok bola". haha ayat tu untuk aku macam tak masuk je kan? dah itu last aku tengok bola punya game. nanti aku cuba lah ambik mood satu hari nanti , ambik feel, aku try lah faham macam mana nak tengok bola. tapi malam ni aku terasa mcm katak bawah tempurung sebab semua org kat twitter cakap pasal bola -.- aku pun retweet lah satu dua pasal bola. aku retweet sebab im proud enough of MALAYSIA. 

hajat sebenar nak cerita lain tapi lain pulak yang dicerita. biasa lah. ni namanya baru bercerita. kan kan?

semalam hajat aku nak bayar umobile punya bill yang tujuh ringgit lebih kat terminal one seremban. penat pegi sekali tutup sampai 31st december. cet!lepastu pergilah jusco. seremban kan, tak tahu mana hala tuju. tempat favourite aku dekat jj tu je sebab bersih, aman mata nak tengok semua benda. selesa lah bagi aku. aku dengan kak long memang tak tau nak buat apa, biasalah kiteorang memang selalu bejalan tanpa hala tuju. idea kak long la ajak pegi tangkap gambar yang comel comel tu kat atas. taraaa tengok la kat bawah tuu 






maka berikut lah serba sedikit gamba gamba yang comel aku maksudkan tu. nak cakap nama dia kau tak tau. so panggil jela gamba comel. itu model untuk gamba comel. nak promosi lah tu. masa aku budak darjah darjah lagi aku nak teringin nak tangkap gamba dalm tempat kecik macam tu. sampai aku dah kolej ni baru tercapai hajat. mesin tu pulak semua dalam bahasa korea ke jepun entah. apa dia ingat aku tau aku faham nak baca? memang hantam kromo lah semuanya. semua kiterog tekan. rasakan kau mesin. 

aku dengan kak long ni memang tak boleh bergabung. habis cerita luar alam kiteorg create. cerita kartun semua masuk simpang. memang takda sempadan punya cerita lah. jangan cakap la macam mana kiteorg tak berhenti gelak. kalau dah namanya kak long tu, duduk dengan dia memang banyak ilmu bole keluar. banyak sangat gelak. stress memang best lah lepak dengan dia. lupa beban utk sementara waktu. kak long, ilebiu lahh.






maaf lah kami ni kalau dah poyo memang over. tak ingat mana jejak. poyo je memanjang. dia bukan kakak kandung aku pun. asalnya dia classmate aku masa sekolah rendah. lepastu kami rapat. dah namanya satu kelas dulu memang tak lebih 20 orang. masa upsr pulak, lapan orang je yang ambik. satu kelas tu lah budak darjah enam. and yess kami lah first batch untuk sekolah tuu. fuyoo bangga bangga. tapi ramai jugak yang menghilang entah kemana. tipu tak rindu. rindu... zaman nakal nakal yang sungguh gemilang. hohoho best. we're not bestfriends, we're more like sisters. sebab tu dia kak long aku kak ngah. aku april dia december. ada ke patut akak kak ngah? okayy takpa awet muda. sekarang dia uitm kat johor dah nak masuk sem empat dah pun. aku pulak sem dua. memang patut lah kan dia kak long? dia naik pentas dulu (: all the best kak long !

kalau nak dicerita bagai pasal kak long dengan aku, memang tak cukup tujuh hari tujuh malam. setahun pun belum tentu. kenangan. banyak sangat. ahh tulang belakang aku dah mula sakit mintak kena log out lah ni. hey maaf lah entry kali ni bukan marathon tapi macam dah kena panjat gunung. hehehe. sehigga bertemu lagi di lain hari kala aku menjadi manusia rajin macam sekarang. baiklah. rasanya dah boleh la lambai lambai tangan sekarang. jangan lama lama lah kat sini nat. memang orang tak nampak muka kau tapi tak sempat orang nak baca sekian kau, orang dah pangkahkan terus kat atas tu sebab malas nak baca sebab mcm tak jumpa je kau punya sekian. hehe okay nak berundur lah ni.  have a nais day eberyone. broken english dgn malay memang jadi kawan karib ku. sedih cikgu cikgu aku.

sekian. PEN OFF.





Saturday 24 November 2012

cantik ke?

ASSALAMUALAIKUM.



hehehe entah dah kenapa malam ni aku rajin bebenau nak update blog. jangan ditanya kenapa bila aku rajin. baca je. sebenarnya running man aku dah start pukul 11.15 tadi. eh jangan fikir aku gila fanatik korea. tak tak. aku tengok sebab running man boleh buat aku gelak sampai tak keluar suara. penah tak? sakit kan perut. sumpah. dah lama sebenarnya ni tak bukak blog twitter facebook instagram semua bagai. ohoi gaya macam busy kalahkan shila amzah menyanyi atas stage dekat china tu. tak sempat semedang nak online semua kan. biasalah cuti sem ni duduk rumah aku memang busy nak buat satu perkara ni sebelum kolej bertauliah tu bukak. busy memalaskan diri. ohh standard la untuk insan insan sejagat yang cuti sem sama dgn gua. wahh besar mandat kau nak ber'gua-gua'. okay mintak maaf *tunduk kepala macam korea tu*

next week aku dah masuk daftar kolej dah. tak sabar. sbenarnya tak sabar tang nak jumpa kawan kawan lepastu menggila dalam bilik pergi makan beramai ramai macam rombongan sekolah tu lepastu tengok movie sampai besok tengah hari nya. haa apa lagi apa lagi? alaaa faham faham la bila dah hadap muka kawan. dari takda planning, boleh habis la duit sekelip mata sebab secara tiba tiba boleh ada dalam mall la dalam wayang la kebas baju la. tiba tiba okay, tiba tiba. benda tu semua memang tak boleh nak dijangka.

tadi aku pergi anak anak Uncle Leh punya wedding dekat cheras. entah apa nama hall tu entah.tak sempat nak baca signboard dia, aku dah masuk awal awal lepastu masa balik lupa nak toleh tengok signboard. tapi aku tak makan pun. haah diet. taklah. tak boleh nak masuk apa dah sebab dekat pd tadi ada wedding jugak. dah berapa minit aku duduk situ. dalam kepala fikir bila lah nak balik. boring lah takda kawan. huihh kepala aku waktu tu dah 360 darjah. aku pandang semua orang. bosan. ada la dua orang kakak ni duduk dekat table yg sama. dia baru sampai. lepastu dia pegang pulak baby. comel. mata bulat. arghhh geram. pipi memboyot. ehh haaiii rasa nak perah perah je kasi lemak keluar dari pipi tu. lepastu aku terfikir mcm mana la kakak ni nak makan? aku pun jadi sukarelawan jadi freelance babysitter. wa cakap lu, badan dia semangat. sedap pegang. nasib baik diam , tak banyak songeh. hah aman sejahtera mak dia makan. kann bagus kan aku ni? tahu dahh :P

ehh cerita atas ni macam dah awal sangat. sepatutnya cerita abg shell dulu. haha bapak eksaited gila over aku ni. tak menyempat nak habiskan cerita. okay sebelum pergi cheras semua tu lah, mesti lah kena isi minyak top up smart tag kan kan? aku pun diarahkan untuk pergi top up smart tag. ohh kerja biasa. turun dari kereta masuk shell pergi kaunter, dah topup pergi kereta balik. mak aku dah tergelak beriya riya. dah kenapa? aku pulak patut tengok muka aku dekat cermin masa tu sebab muka memang kalut gila tak faham apa. mana tak nya, mak aku gelak pandang pandang aku. ada lah ni yang tak kena kann.. lepastu mama cakap "kalau cakap kat natijah ni mesti dia gelak". aku beriya nak tau ni..mama pun cerita.

"acik, tu anak acik eh?"
"haah tu anak, kenapa?"
*dalam otak mak aku dok fikir maybe sebab aku selalu pergi shell ni kott. mungkin dia kenal aku lah tu..tapii...
"takda, anak acik lawa"
*gelak mama terburai. aku sengih malu je. eceh menyampah kau nyah!*
"cuba la cakap dekat dia sendiri.."
*ehh mak aku ni -.- pandai nak syorkan macam tu. heyp! no no no.*
"hehe taknak lah cik, malu..kita kena la tackle mak ayah dia dulu, acik duduk mana ye?"
*cehh ayat kauu. itu bukan kasanova, itu apa ek? hmmm*
"ni tengah duduk dalam kereta ni la"
*hahaha ayah aku loyar buruk. padan muka kau*
"nanti acik kem salam kat dia ehh.."

aku gelak. kelakar. ada jugak lelaki yang seberani rupa. biasa ngorat anak dara orang tepi tepi jalan macam panggil tikus. tikus pun tak tau kau panggil dia. tapi tikus fikir kau kaum kerabat dia. ayah aku kata dia bagus. mak aku angguk kan aje. yela sebab dia berani. haha yaa laa aku pun cakap macam tu jugak. USOP. nama dia USOP. yusuf lah kot nama dia. dah digelamerkan jadinya usop. nak kata aku bangga lah tu kan? haha aku biasa biasa aje. itu lah hidup. tapi dekat shell tu la dah banyak pengalaman aku..

"adik, akak nak tanya ni, adik main lilit lilit je ke atau adik belajar?" 
*youtube kak*
"kita berkenalan hanya dalam laman muka buku.."
*susah kalau femes ni. sampai ke shell :P*
"awak, awak, adik, adik, keluar duit ke?"
*agaknya aku lagi tua sbb dieorg tu semua baru lepas spm. tak nampak ke aku drive? adik? -.-*

dah ni semua aku pernah kena kat shell lukut port dickson tu. haha comel pulak. dah dah tamat lah sudah sesi memerasankan diri mengaku femes. biasa lah akibat duduk rumah terlampau lama sangat dekat rumah. dah lama tak nampak orang gayanya. malam ni dah gaya blog aku macam drama. sorry la kalau ada yg rasa macam kau orang marathon baca entry kali ni. semangat waja aku dah sampai, jangan nak pertikaikan.

nah sebijik gamba artis shell femes buat julung kali. muahahaha.


muka aku elok elok mintak kaki aku rasa macam ni. dah jangan nak komen apa apa. ye tahu cincin tu lawa, besar. nak pinjam? sewa pun tak boleh. haha kedekut kemut kau ni nat! biasa lah kan bila dah depan camera, memang time untuk syok sendiri la. alaa semua macam tu kan? jangan tipu... haa tak baik tak baik! aku rasa dah boleh la aku tamatkan sekarang. tengok tu semua dah bagi signal suruh stop. yela nak stop dah ni..betul nak aku stop ni? yakin? yelah okay lah kang tak pasal pasal laptop kau orang hancur sebab korang baling selipar melayang setempek free. asalnya nak hamukkan kat muka annoying atas tu, sekali laptop jadi riwayat hidup. aku taknak dipersalahkan. 

maka, PEN OFF lah saya malam ni.