Saturday 8 June 2013


THROWBACK

ASSALAMUALAIKUM

sekarang ni tahap kemalasan tak payah cerita la. tapi bila fikir balik besok dah nak masuk rumah sewa dah dengan dekat rumah sewa tu mana ada wifi semua. tambah pulak budak budak ni kata line dekat rumah tu macam dalam gua. heshhh nasib nasib. dan sebab semua tu malam ni aku rajin. hakhak. tepuk ramai ramai.

dah sedap sedap watlek watcool dekat rumah ni about one and a half month, agak liat nak balik bangi kena start study. haha excited nak jumpa kawan kawan, borak sampai pagi, ahh segala benda yang tak payah kena study la, haa tu semua aku semangat. mintak kena ketuk kan? bagi sikit. biar sedar nat ni.

sebenarnya taktahu ohh nak start cerita dari pangkal mana. 

sabah. haa pasal sabah la.

1-6 june haritu pergi sabah. bukan holiday. tapi masa holiday pergi. macam mana tu? aku pun tak faham. sebenarnya ada wedding. kira sedara angkat aku la. bukan sedara betul. pure punya sabah. so cara majlis dieorang tu sangat beza dengan orang semenanjung. dannnnnnnnnn aku tak ambik gambar banyak yang spesifik sebab kan masatu aku malu nak pergi depan depan nak tangkap gambar. ya la dah semua aku tak kenal. lepastu nak terkedek-kedek pula dekat depan tu. macammmmm segan kan? lepastu tangkap gambar karang dengan handphone je. semua dekat depan tu beratur tangkap gambar dengan camera yang besar besar tu. macam tak sesuai je kan alasan aku? tapi itu lah sebenarnya haha!

kiteorang tak stay hotel ke chalet ke resort ke. stay rumah kak ogy je. anak buah ayah aku duduk dekat kunak. yang wedding tu dekat tawau. tawau to kunak macam dari pd ke mantin la. jauh tak jauh jugak la. yang penting aku sempat tidur. macam biasa lah setiap kali masuk kereta.

second day dekat tawau tak pergi mana pun. cuma ada la setakat pusing pusing dekat area area situ je. ayah aku acah acah je macam tahu kan bawak kereta kak ogy main redah segala jalan. last last jumpa gerai kecik jagung bakar tepi jalan. apa lagi, stop terus. dekat pd takda jagung bakar. last makan dekat cameron dulu. kesian kan? jagung bakar paling murah aku rasa dekat tawau ni la. buat masa ni yang aku pernah jumpa la. belakang gerai jagung bakar tu tempat dieorang tanam jagung. haa power enn? lepastu belakang tu sikit ada rumah dia. aku curik curik jeling hehe. rumah dia macam selindung belakang belakang daun daun jagung yang banyak banyak tu. ohh lupa nak bagitahu jagung dia satu seringgit jeeeeee. murah enn? told ya!




makcik sabah dekat gerai tu gelakkan aku sebab tangkap gambar. heshh kita orang pd la sesaje nak buat kenangan la makcik -.-


besoknya pulak tu kiteroang jalan jalan lagi pergi town sabah. setakat pergi pasar gantung je. ehh pergi jugak museum cocoa tapiiiiiiiiiiiiiiii tutup -.- nak masuk tu kena buat appointment. alahaiii takda rezeki lah kita ye? abang fazley yang kena bawak kiteorang round round. panas? yes panas macam dekat pd, bangi jugak. jalan sesakk ohhh. dekat sana belambak lambak roundabout *betul ke aku eja? ni ikut sedap mulut haha*. sekecik kecik sampai la sederhana. yang besar macam dekat bangi takda. tak jumpa taktahu la kalau ada.


setakat tangkap gambar depan museum tu dapat la. masuk tak dapat :(




hari selasa pulak. haa ini time ahh dah wedding day. dari pagi sampai lah malam sampai lah keesoknya majlis tu. pagi tu majlis khatam al-quran, after zohor tu jemputan untuk wedding tu la. tapi aku tak sure sanding sanding ada ke tidak sebab siang tu dah balik hotel dekat dengan rumah tu. nak rest kononnya. after maghrib datang balik. after maghrib tu wedding lagi. besar besaran punya. style sabah kalau dah wedding tu memang besar besaran. siap ada bunga api tau. lepastu dengan menari sabah tu. namanya mengalai. huishhh tangan dieorg memang lembut. dengan kaki kaki sekali ada step step dia. aku menganga jugak la tengok. badan ku keras haha. karok tu semua wajib ada. dan semua lagu dieorang dan aku tak tahu haha. kalau lagu artis artis semenanjung tu boleh la aku tumpang mic sekali kan? dan sampai la dua  pagi dieorang tu karok la mengalai la. kiteorang semua balik awal dah. tak larat woii.



baju aku je aku rasa yang tak berkilat kilat. hushh orang sabah dari atas sampai bawah semua bling bling silau you!



lusanya dah balik sini dah. sekejap je. tak lama mana. sebab nya tujuh tu aku dah kena daftar. karang tak daftar aku haa cemana? malam dekat sabah terasa sangaaaaaat panjang. bila dekat sini malam tu cepat je rasa. dekat sana macam dah pukul 12 malam dah aku rasa padahal baru sepuluh lebih. awal jugak la aku tidur dekat sana. kena duduk sabah ni haha!

hari rabu tu kan sebelum hari khamis kena balik, orang kunak menghantar la kiteorang semua balik tawau. sampai tiga kereta la. dua kereta cukup dah tapi ada kawan kak mimi tu kena nak pergi airport, so kena la tiga kereta. flight kakak tu delayed pula so singgah la minum dulu. nampak pulak gerai jual buah dekat tepi jalan. stop la sekejap. kak mimi beli buah salak nak bagi kawan dia rasa. aku pernah la rasa sebelum ni sekali. kakak tu tak pernah rasa dia kata, so kak mimi ajar la cemana dia makan. tiba tiba yang bawak kereta tu pusing pandang aku tanya aku "pandai ka makan buah salak?". hushhhhh first time wooo first timeeeeee!! dia cakap dengan aku first time haha kemain aku eksaited masatu tapi cover fulamak power aku wehh! haha. dan aku jawab lah apa yang patut. masa dia tanya tu siap pulak dengan senyum 700 megawatt dia. heshh aku tumbuk muka kau nanti *dlm hati berkata* nak sesenyum pulak. segan kita. hah gedik hambek kau!

dan it was the first. and last. 

khamis dah balik. from tawau to kk takda delayed semua alhamdulillah. pergi kk sebab transit dekat sana bukan sambung holiday okayy. sedih masatu tak terkata. dah kena tinggalkan sabah. dan abang salak huwaaaa :(( itu je point sebenarnya haha. gedik lagi. 


senyum senyum pun sedih tau sebenarnya. tahu tahu jelah kenapa haha


from tawau to kk sejam jugak la. macam biasa tertidur sekejap. tapi bila dah dapat kacang bangun tak tidur tidur dah. haha.

all the way to kk. subhanallah cantikkan?


dah transit dekat kk tu kena la cop imigresen semua bagai. dan hajat nak keluar la dari airport tu. jalan punya jalan sampai balai ketibaan lepastu tanya la dekat orang bekerja tu boleh tak keluar ke tak ke. orang tu kata kalau dah cop imigresen tak boleh keluar dah. WHAT? kalau tahu masatu, takda la teringin nak cop. bayangkan duduk dalam airport tu about 3 hours. gila! tak banyak kedai. makan pun pelan pelan je sebab nak bazirkan masa. siap la pergi berurut dekat kerusi urut, geli wehh haha. seringgit tiga minit. lepastu taktahu nak buat apa dah, bergambar jelah kerjanya dengan mama la kak ya la.

i was in kk. airport. 


flight delayed tahu? sepatutnya pukul 6.45 petang. tukar jadi 7.20. okay la jugak enn sempat solat semua. lepastu tahu tahu tukar lagi jadi 7.45. heshh nasib baik steward handsome handsome. takda stewardess pun. cuti kott dieorang dieorang tu. tidur tu macam biasa ahh wajib dlm plane tu. so goodbye kk. and sabah.

takda wifi pulak tu heshh menambah kebosanan. 


haruslah aku rindu semua semua dekat sabah. especially ehemmmm. haa irfan okay budak nakal kemain tu. lepastu orang orang lain pulak hehe. 





irfan yang comel. dan sangat bayak character. i miss u lah men yaya!

we were here. eheh kalau dah pergi rumah orang tu kena la meninggal kan kesan kesan khazanah dalam fone. kami lapar. sementara tunggu gini lah jadinya.




dalam banyak banyak benda yang paling best dekat sabah ni bila semua yang tegur aku, semua teka aku form four la five la. wowwee power enn? muka aku dah lenyap dah 20 tu haha. tepuk sikit semua. terima kasih.

rasanya kalau nak sambung cerita panjang panjang lagi, nanti mengantuk sampai kepala tu banging tersengguk sengguk kena keyboard tu. kesian kan. hidung aku pun dah carik pasal. entah mana habuk entah sampai gegatal dah ha. sensitip betul hidung aku. 

so,PEN OFF. till we meet again.

p/s: abang salak, cyber dengan bangi tu dekat je hehe. yang dok menanya, dia belajar dekat cyber. eheh!

BYEEEEEEE.