Wednesday 28 November 2012

crazy times.

ASSALAMUALAIKUM.



malam ni semua rumah dok terjerit terlolong terpekik segala bagai sebab MALAYSIA menang bola. wohohoh terbaik MALAYSIA! 4-1 tuu. haha kentang tak kentang? aku bukan lah manusia yang layan footbal punya game semua tu. but bila harimau malaya mengaum dan membuktikan bahawa MALAYSIA terbaik, aku sekali involve proud of them. i'm MALAYSIAN. woot woot congratulations. aku tak reti lah tengok bola. serius **** bak kata kak long. haha kak long sarcastic tu memang. luar alam je perangai dia. ya lah one day nanti aku try lah untuk reti nak tengok bola. bak kata fahmi pulak, nanti dia belikan aku sebijik bola, lepastu tengok lah. haha lawak cekodok apa yg dia import tu? haa itu lagi sorang yg sarcastic kadang kadang. layak la nak jadi lawyer. meloyar je kejenya. 

tipulah kalau aku tak pernah tengok bola kan? i mean by tengok game bola kat tv tu. get it? bukan tengok bola yang hadap bola bulat tu depan mata. kang ada yang fikir selurus lurus nya pulak. sebab tu aku explain. hehe. masa bila entah darjah berapa memang tak dapek nak ingat. masa tu ada game brazil vs korea. power tak aku ingat lagi? sebab ada peristiwa boleh la nak ingat. hehe. masa tu kan depan tv memang penuh la dengan kaum kerabat aku. dari yang anak anak sampai lah ke mak cik pak cik. tapi yang mak mak mak cik mak cik ramai duduk dapur. entah apa aku meraban, aku join yang depan tv tu tengok bola. takda feel pun. sumpah aku pandang tv tu macam aku pandang tv tu kosong. macam bila tv off kan warna hitam. haa mcm tu la. yang lain dah beriye dah sampai berdiri diri dengan muka berkerut kerut siap pusing kan badan 360 darjah. tengok bola punya pasal kan. aku tak, still macam tadi. tak faham. sampai satu part TUP aku nampak pemain korea tu handsome gila. serius weh serius. tapi sekarang tak ingat muka dia macam mana tapi mmg aku sure habis la dia handsome. dgn semangat waja, aku terus sokong korea. muahaha. lepastu semua bash aku suruh tukar baju, sebab aku pakai baju warna kuning masa tu. kuning untuk brazil. okay aku akur, aku tukar. nampak tak? gila lah. sekali korea kalah. aku senyap. tukar baju balik. kahkahkah.

*masa tu korea tak famous mcm sekarang ye. so jangan ingat aku fanatik korea. itu masa darjah darjah. lama dah tau*

tahun lepas punya cerita pulak aku tengok manchester city lawan. tapi tak ingat lawan siapa. aku tengok sorang sorang tau. sorang sorang. aku yang tak minat tak reti tengok bola ni, tengok sorang sorang. apakah? ala ada orang suruh. nak tak nak , tengok lah. bagi menyenangkan hati insan sejagat. pukul berapa aku tak ingat tapi midnight. harris suruh aku tengok jugak sebab MC tu memang dia sokong habis. aku pun sokong MC. kalau MC yang doktor bagi. masa tu memang tahap cintan kat doktor kan even dia nak inject sampai lebam lebam ke kebas ke apa ke. masa tu memang doktor aku sanjung. *eh lari topik*. lepastu aku tengok lah tanpa perasaan. macam tgk tv kosong. tapi aku focus. sampai satu tahap tu aku tergelak gila gila. sebab aku rasa kelakar tengok dieorg rebut bola sungguh sungguh. lepastu macam kelakar gila dieorg tersungkur terjtuh tergolek dop kat atas rumput tu lepastu muka masing masing memang kalah singa. marah sangat lah tu. aku pun tak ingat siapa menang masa tu. janji aku tengok. hehe. ayah aku memang tak payah cerita la dia punya pelik tahap muka memang tak bolah nak ditafsirkan. muka dia macam ni- "anak aku tengok bola? tengah malam ni? natijah? bola?" tapi yang dia cakap, "nanti tutup lampu tutup tv lepas habis tengok bola". haha ayat tu untuk aku macam tak masuk je kan? dah itu last aku tengok bola punya game. nanti aku cuba lah ambik mood satu hari nanti , ambik feel, aku try lah faham macam mana nak tengok bola. tapi malam ni aku terasa mcm katak bawah tempurung sebab semua org kat twitter cakap pasal bola -.- aku pun retweet lah satu dua pasal bola. aku retweet sebab im proud enough of MALAYSIA. 

hajat sebenar nak cerita lain tapi lain pulak yang dicerita. biasa lah. ni namanya baru bercerita. kan kan?

semalam hajat aku nak bayar umobile punya bill yang tujuh ringgit lebih kat terminal one seremban. penat pegi sekali tutup sampai 31st december. cet!lepastu pergilah jusco. seremban kan, tak tahu mana hala tuju. tempat favourite aku dekat jj tu je sebab bersih, aman mata nak tengok semua benda. selesa lah bagi aku. aku dengan kak long memang tak tau nak buat apa, biasalah kiteorang memang selalu bejalan tanpa hala tuju. idea kak long la ajak pegi tangkap gambar yang comel comel tu kat atas. taraaa tengok la kat bawah tuu 






maka berikut lah serba sedikit gamba gamba yang comel aku maksudkan tu. nak cakap nama dia kau tak tau. so panggil jela gamba comel. itu model untuk gamba comel. nak promosi lah tu. masa aku budak darjah darjah lagi aku nak teringin nak tangkap gamba dalm tempat kecik macam tu. sampai aku dah kolej ni baru tercapai hajat. mesin tu pulak semua dalam bahasa korea ke jepun entah. apa dia ingat aku tau aku faham nak baca? memang hantam kromo lah semuanya. semua kiterog tekan. rasakan kau mesin. 

aku dengan kak long ni memang tak boleh bergabung. habis cerita luar alam kiteorg create. cerita kartun semua masuk simpang. memang takda sempadan punya cerita lah. jangan cakap la macam mana kiteorg tak berhenti gelak. kalau dah namanya kak long tu, duduk dengan dia memang banyak ilmu bole keluar. banyak sangat gelak. stress memang best lah lepak dengan dia. lupa beban utk sementara waktu. kak long, ilebiu lahh.






maaf lah kami ni kalau dah poyo memang over. tak ingat mana jejak. poyo je memanjang. dia bukan kakak kandung aku pun. asalnya dia classmate aku masa sekolah rendah. lepastu kami rapat. dah namanya satu kelas dulu memang tak lebih 20 orang. masa upsr pulak, lapan orang je yang ambik. satu kelas tu lah budak darjah enam. and yess kami lah first batch untuk sekolah tuu. fuyoo bangga bangga. tapi ramai jugak yang menghilang entah kemana. tipu tak rindu. rindu... zaman nakal nakal yang sungguh gemilang. hohoho best. we're not bestfriends, we're more like sisters. sebab tu dia kak long aku kak ngah. aku april dia december. ada ke patut akak kak ngah? okayy takpa awet muda. sekarang dia uitm kat johor dah nak masuk sem empat dah pun. aku pulak sem dua. memang patut lah kan dia kak long? dia naik pentas dulu (: all the best kak long !

kalau nak dicerita bagai pasal kak long dengan aku, memang tak cukup tujuh hari tujuh malam. setahun pun belum tentu. kenangan. banyak sangat. ahh tulang belakang aku dah mula sakit mintak kena log out lah ni. hey maaf lah entry kali ni bukan marathon tapi macam dah kena panjat gunung. hehehe. sehigga bertemu lagi di lain hari kala aku menjadi manusia rajin macam sekarang. baiklah. rasanya dah boleh la lambai lambai tangan sekarang. jangan lama lama lah kat sini nat. memang orang tak nampak muka kau tapi tak sempat orang nak baca sekian kau, orang dah pangkahkan terus kat atas tu sebab malas nak baca sebab mcm tak jumpa je kau punya sekian. hehe okay nak berundur lah ni.  have a nais day eberyone. broken english dgn malay memang jadi kawan karib ku. sedih cikgu cikgu aku.

sekian. PEN OFF.





No comments: