Tuesday 15 January 2013

ASSALAMUALAIKUM

kain kita tak sama

lama dah tak update. wifi rumah tu buat gila. bila dekat hostel memang busy tu takda fullstop. takda kemana lah kalau busy buat assignment busy belajar 24/7 semua tu. itu semua fake. kadang kadang busy borak. kalau dah borak, mana lah sempat terdetik nak update. ye dok? lappy memang termaktub terduduk elok dalam locker lah. sometimes busy tidur jugak. bukan all the time. tak tak tak. siang siang tu bila after class memang tak payah cakap la dia punya penat macam mana. otak tu agak lah tepu jugak. itu kalau class setakat siang. dibuatnya class sampai ke petang pukul lima tu memang masyuk lah. thumbs up! dah nama pun kolej kan. nasib baik lahh dulu masa sekolah asrama dah terbiasa macam ni semua. 

nak cerita assignment pulak memang berderet ahh. sem ni memang banyak aku meluangkan masa dengan segala kerja yang kena type. pengucapan awam baru dapat tau tadi kena buat slide lah bagai. ingatkan bercakap je tak payah slide semua. nama pun kolej kan, nak dapat carry mark pulak, so wajib lah buat. kalau taknak, itu sendiri punya choice.

petang ni entah kenapa mood aku nak menype. sebab geram. patutnya boleh lah tidur tapi lepas balik class tadi terus capai lappy terus online.

orang melayu kata jaga tepi kain. jaga tepi kain tu maksudnya orang lain dok sibuk busy body nak menyibuk dalam hal orang. sebab tu kain kita tak sama. lagi lagi kau tu kain pelekat, aku kain batik. *haha menyempat!. btw siapa pun tak suka orang sibuk pasal dia. tak semua benda perlu nak cerita kat semua orang. semua orang ada secret. so am i. jadi kau tak payah nak sibuk macam kau kenal 100 percent kawan kau sampai kau rasa kau boleh nak menyibuk dalam hal macam tu. menyakitkan hati. tersangat!

twitter dia aku tak follow. takda keinginan. EVEN aku tak follow sekalipun, aku still boleh bukak profile dia yg tak private tu. nak kata aku stalker? boleh jugak tu. ada lah sekali sekala jenguk bertandang tanpa diundang. elleh macam korang tak pernah kan? but at least aku tak masuk campur. at least aku tak rasa nak comment or what so ever dekat profile dia. semua orang boleh baca kott. semua orang boleh baca bro yg kau burukkan dia. tak patut. bukan aku backup dia. taknak pun lah. tapi cara kau tak kena. semua orang buat salah termasuk kau. aku pun. tapi tak salah orang berubah. lepastu rasanya tak patut kau tak percaya dia dah berubah ke apa ke. boleh tegur, tapi apa kata kau DM dia? tanya direct dekat dia. no need nak malukan macam tu sekali. 

yang aku beriya iya sangat ni kenapakan? sebab ada terselit nama aku. hah! memang dekat lab tadi aku pandang gambar kau macam lazer yang boleh kerat kau lapan belas lah. buku dah tutup. lain kali sebelum type kau tengok kiri kanan dulu lepastu kau fikir apa kau nak type. kenapa libatkan aku? kau jeolous dengan life dia ke apa? lepastu nak bash dia sampai libatkan aku. perlu semua tu? petang petang dah emo pulak kan. geram. siapa siapa jadi aku pun mesti geram. orang semua baca. fikirlahh. buruk dia kau simpan lah. tak payah kau nak tayangkan kat public. life kau macam sangatlah perfect. 

maka semua rakyat jelata, please take note. tak suka apa orang buat dekat kita, jangan buat. semua manusia tak sempurna, buat salah, tapi tak salah kalau yang buruk seburuk nya perangai dia pun nak berubah kan. think wisely lah.

emo pun takda guna. benda dah jadi. nama aku dah pun dimentionkan. dah pun sakit hati. apa boleh buat? sabar. 

"experience is what you get when you don't get what you want"

so that's all. PEN OFF.



No comments: