Saturday 4 May 2013

TODAY

ASSALAMUALAIKUM

acah acah rajin kan haritukan badget nak update harihari. kahkah simpan dalam pocket la hobby awak tu kak. kira ini waktu yang boleh dikatakan rajin tu ada la dari takda. sebab dah takda cerita best dekat tv, sebab boring gila, sebab ada mood nak type segala bagai, sebab takda orang pun nak text, sebab free dan segala macam sebab.

ini cerita outing harini. terasa macam asrama dulu dulu pulak. dah dibahagi darab tolak tambah semua nak dekat setahun jugak la tak jumpa kawan kawan sekolah. nak dekat belum setahun lagi. tak ramai. empat orang termasuk aku. 

sebenarnya dieorang tu ajak pergi PWTC harini, pesta buku kan? tapi mama tak bagi sebab mama kata bahaya dekat kl tu besok nak hari undi dah. mama risau. fahamfaham. dah semua tak sure tak confirm tak dapat pergi, ha langsung pergi seremban je. seremban pun seremban la. dah kalau semua nak ajak aku keluar, takat tu je mak aku bagi. area kl semua no no nehi tak boleh.   woo pun dengan rela hati pergi seremban. hahaha lantak kau lah woo. seremban takda apa pun, tapi lepas lah kau nak makan.

woo tak breakfast, so kena lah carik makan dulu. sebenarnya aku pun. dan baru sekarang aku notice yang aku tak breakfast pagi tadi. yan pulak kata antara kfc or mcd. yan boleh tanya nak makan ayam ke burger? izyan, dua dua franchise tu ada ayam dan burger aku rasa -.- lawak ahh dia labelkan kfc tu tempat makan ayam. mcd tu tempat makan burger. oooookayy.

last last yan jugak yang pilih makan kfc. aku semedang je okay. aku global semua telan. yeke? em tak semua. kfc memang lengang gila ah, satu counter yang bukak lepastu ada satu orang je yang que. haa lengang en en? tapi kiteorang tak que lagi, semua acah acah tengok menu dekat atas tu padahal menu kfc semua dah tau aku rasa. akak depan tu dah settle, aku pun terus masuk line lah nak order.

"ye nak makan sini ke nak bungkus?" kakak kfc.

"makan sini.." sekali dengan senyum aku bagi.

"nak apa?" kakak tu tanya.

"emmm nak set D tu, twister nak se..." tak sempat sambung ayat dah kena sambar dek siapa siapa entah dari belakang. ohh nurul.

"kau dah order ke? kejap la tak confirm lagi ni" suka suka hati je nurul ni.

muka aku memang habis tanda tanya dah. apekenama?

"makan mcd murah sikit, kan waktu lunch hour..jimat lah duit" sambung nurul.

aku memang terpacak depan counter tu lagi lah cerita dia. ada lah sikit macam ala ala drama. aku dah order, boleh pulak nak patah patah balik. tapi akak tu pun macam dengar tak dengar aku order tadi senanya. tapi point penting dia malu lah malu. satu hal kesian lah dengan kakak tu. muka dia aku taktau lah celaru macam mana tengok adegan tu.

main tarik tali. aku suruh nurul cakap dengan kakak tu, nurul suruh cakap je tak jadi. haa dah pulak. serba salah menguasai diri. malu pun sama banyak. dipendekkan cerita,

"hmm takpa lah kak tak jadi, sorry.." dah cecepat blah!

sempat woi tengok muka dia. aku taktau cemana nak huraikan panjang panjang tapi tau la dia bengkek. haha. confirm bengang punya dengan drama tak lawak tu. akak, lain kali cadangkan lah kfc tu buat lunch dinner kasi murah sikit eh. 

cerita wayang. nak buat apa lagi, iron man. short story, dah beli tiket pukul 1.45  TAPI sit depan. memang mendongak jenuh sampai habis cerita. silap silap salah urat. idea bernas entah siapa siapa punya idea aku tak ingat, jual tiket tu. sebab apa? sebab sit depan. dah gaya macam spy dok aim aim siapa yang bergrouping dalam empat orang sebab tiket ada empat. carik bukan main beriye tapi tanya nya tidak. so mula mula dah nak redha dah la dapat duduk sit depan. tapi sebabkan taknak punya pasal, beranikan diri tanya entah budak mana entah. dia dengan family dia. haa cukup cukup empat pulak tu! jeng jeng jeng. ni yan je yang kasi settle. yang lagi tiga sorok muka. haha kira yang tak putus asa ni yan lah. yang lagi tiga ni berkemungkinan redha habis sebab malu nak tanya. hah at last! family tu beli jugak tiket kiteorang yeayy! TANPA tanya pasal sit. pasai pa? pasai jam dah lebih 1.45. berdesup pak cik and family tu naik. ampun pakcik ampun!

hah wa cakap lu iron man memang best ah! serious talk. lagi 3D pulak. memang terperanjat terkejut semua ada. gegar gegar lagi aku rasa cinema tu. one thing, sit kiteorang second last. hah yang tiket first last kan? yang ni second last. dongak tu kurang sikit tapi sikt la. cet!

aku taktau lah kenapa hidung aku suka meragam duduk rumah ni. haishh stress aku. mungkin ni alasan bijak untuk stop setakat ni. heh okay lah kan alasan cenggini. 

amy sayang, pasal korang nanti lain kali aku update okay. idea tak mari mehh.

so, PEN OFF.

p/s: psttt nanti background music korang rewind sendiri kalau dia tak rewind kan ehh ehh sebab entah kenapa entah buat hal dengan aku heshh.





No comments: